00:00Polis memperoleh petunjuk baharu berhubung kemalangan membabitkan sebuah van Kementerian Kesihatan Malaysia KKM dan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat
00:08Jalan Sultan Iskandar Jalan Sultan Yusuf di Ipoh, Perak pada Rabu.
00:12Ketua Polis Zairah Ipoh, Asisten Komisional Muhammad Najib Hamzah berkata, petunjuk berkenaan diperoleh selepas pihaknya mendapatkan dan meneliti rakaman kamera
00:21papan pemuka daripada sebuah kenderaan yang berada di lokasi kejadian.
00:27Menurut beliau, rakaman tersebut memberikan maklumat baharu berkaitan fasa lampu isyarat dan pergerakan kenderaan ketika kemalangan berlaku.
00:34Maklumat ini jelasnya sedang diteriti bagi melengkapkan siasatan dan menentukan punca sebenar kemalangan.
00:40Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk meneliti rakaman berkenaan serta mendapatkan keterangan daripada pihak-pihak berkaitan.
00:45Dalam kejadian kira-kira jam 7.25 pagi Rabu, sebuah van KKM yang membawa 11 individu termasuk jururawat pelatih terlibat
00:53dalam kemalangan
00:54dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat berkenaan.
00:58Kemalangan itu menyebabkan van berkenaan terbalik manakala tiga penumpang mengalami kecederaan dan menerima rawatan.
01:04Mohd Ajib berkata kes disiasat di bawah Seksyen 43-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.