Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Seorang lelaki Palestin maut ditembak tentera Israel di pusat pemeriksaan Beit Ur selepas Israel mendakwa berlaku serangan rempuhan kenderaan berhampiran Ramallah.
Transcript
00:00Baik, seorang lelaki Palestine maut ditembak tentera Israel di pusat pemeriksaan Beit Ur berhampiran Ramallah di tebing barat yang diduduki.
00:07Menurut Kementerian Kesehatan Palestine, mangsa dikenali sebagai Mahmud Mohamed Mahmud Sulaiman berusia 29 tahun.
00:15Media rasmi Palestine melaporkan tentera Israel melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum kawalan keselamatan di sekitar Ramallah diperketatkan.
00:24Sementara itu, tentera Israel mendakwa kejadian itu berlaku selepas satu serangan rempuhan kenderaan yang didakwa menyasarkan pasukan keselamatan mereka.
00:34Menurut pihak tentera, anggotanya kemudian melepaskan tembakan dan membunuh lelaki yang didakwa terlibat dalam insiden berkenaan.
00:41Dalam kenyataan berasingan, polis Israel mendakwa kenderaan yang dipandu Mahmud kononnya merempuh seorang anggota keselamatan yang bertugas bersama rondaan polis.
00:50Media Israel melaporkan anggota yang cedera berada dalam keadaan serius.
00:56Radio tentera Israel pula melaporkan mangsa cedera itu ialah Neria Leiter, anak kepada Duta Israel ke Amerika Syarikat, Yechia Leiter.
01:05Insiden terbaru itu berlaku ketika ketegangan di tebing barat terus meningkat sejak tercita senyap perang di Gaza.

Recommended