00:00Bank Pembangunan Asia ADB menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 dan 2027
00:06masing-masing kepada 4.9% dan 4.7%.
00:11Pertumbuhan itu disokong oleh kitaran peningkatan industri semikondukta
00:15manakala pelaburan pusat data mengguhkan lagi penggunaan dan aktiviti pembinaan.
00:21Unjuran terbaru itu lebih tinggi berbanding unjuran pertumbuhan sebanyak 4.6% bagi 2026
00:27dan 4.5% bagi 2027 dalam laporan tinjauan pembangunan Asia ADO Julai 2026.
00:36Dalam laporan September 2026, ADB menyatakan pertumbuhan ekonomi Malaysia
00:41dijangka sederhana sedikit pada separuh kedua 2026 dan pada 2027.
00:46Ujannya konflik Asia Barat mengganggu rantaian bekalan dan meningkatkan harga antarabangsa
00:51yang boleh menjejaskan kos domestik sekaligus menghadkan penggunaan isi rumah dan aktiviti perniagaan.
00:57Malah, persekitaran luaran yang tidak tentu akan terus menjejaskan pertumbuhan.
01:02Katanya pertumbuhan pada 2027 berkemungkinan perlahan lagi berikutan gangguan berkaitan El Nino
01:08terhadap pengeluaran tempatan serta tekanan berterusan ke atas kos makanan dan tenaga.
01:14Pada masa sama, inflasi Malaysia berkemungkinan kekal pada 2.0% sepanjang bagi 2026 dan bagi 2027.
01:22Perbelanjaan domestik berkemungkinan kekal mampan, namun tekanan menurun yang semakin ketara
01:28boleh menghadkan pertumbuhan pasaran tenaga kerja dan penggunaan.
01:32Prospek pasaran tenaga kerja sepatutnya disokong oleh sektor pelancongan pada separuh kedua 2026
01:37seiring dengan inisiatif Tahun Melawat Malaysia 2026 dan acara Formula 1 yang bakal berlangsung di Sepang, Selangor.
01:45Pemberian subsidi bahan api dan bantuan tunai yang berterusan kepada isi rumah berpendapatan rendah
01:50akan menyokong perbelanjaan isi rumah.
01:53Bagaimanapun, harga yang kekal tinggi boleh menghadkan perbelanjaan isi rumah dan mengekang pertumbuhan penggunaan.
01:59Selain itu, sektor pembinaan dan pelaburan dijangka kekal kukuh disokong oleh gelombang kedua lonjokan pusat data
02:06yang dijangka berlaku pada separuh kedua 2026 apabila syarikat berskala besar
02:11mula membangunkan kampus mega di Spring Hill, Serendah dan Johor.
02:16Sektor berkenaan akan terus mendapat sokongan daripada projek infrastruktur awam utama
02:20seperti transit aliran ringan LRT Pulau Pinang dan projek air karyan di Perak dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
02:27Laporan itu menyatakan sektor pembuatan dan perdagangan luar dijangka diperkukuh
02:32oleh pembangunan dan penggunaan kecerdasan buatan AI yang lebih meluas
02:36manakala pertumbuhan dijangka kekal kukuh dengan jualan semikonduktor global
02:40diunjung meningkat kepada $1.5 triliun Amerika pada 2026
02:45berbanding $795.6 bilion Amerika pada 2025.