00:00Fenomena El Niño yang sedang berlaku dijangka memberi kesan besar kepada kesihatan global apabila ia berisiko menyebabkan kira-kira 451
00:09,000 kematian tambahan berkaitan haba melampau di seluruh dunia.
00:13Menurut laporan Universiti Chicago, unjuran itu melibatkan tempoh dari Jun 2026 hingga Februari 2027 iaitu fasa awal El Niño semasa.
00:23Penyelidik menganggarkan jumlah hari dengan suhu terlalu panas boleh meningkat sebanyak 44% berbanding tahun biasa.
00:32Menurut laporan itu, negara-negara yang mempunyai keupayaan terhad untuk menyesuaikan diri dengan perubahan iklim dijangka menanggung kesan paling besar.
00:40Rantau Sahel di Afrika dijangka mencatatkan lebih 66,000 kematian tambahan manakala Asia Tenggara berdepan risiko hampir 39,000 korban
00:49berkaitan haba.
00:50India dan Brazil pula diunjur mencatatkan lebih 15,000 dan 13,000 kematian tambahan.
00:57Pengasas bersama Makmal Impak Cuaca, Michael Greenstone berkata, angka itu tidak boleh dilihat sebagai statistik semata-mata kerana ia melibatkan
01:05nyawa manusia sebenar.
01:07Beliau berkata banyak kematian boleh dicegah melalui sistem amaran awal, pusat penyujukan dan langkah perlindungan untuk pekerja luar bangunan.
01:16Penyelidik turut mengingatkan bahawa El Nino semasa mungkin menjadi gambaran kepada keadaan iklim yang akan menjadi normal dalam dua dekad
01:24akan datang jika langkah penyesuaian tidak dipertingkatkan.
01:29Pertubuhan meteorologi dunia pula memberi amaran bahawa El Nino kali ini berpotensi menjadi antara yang paling kuat pernah direkodkan.
01:37Pertubuhan 10.
01:37Terima kasih kerana menonton!