00:00Baik, kita beralih ke Perkembangan Jerebu di mana Serian Sarawak mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara IPU tertinggi setakat 6 pagi
00:06Khamis dengan bacaan 221 sekaligus berada pada tahap sangat tidak sihat.
00:12Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia APIMS, 9 lagi kawasan di Sarawak turut merekodkan bacaan IPU pada tahap
00:20tidak sihat, manakala satu kawasan di Melaka turut berada dalam kategori berkenaan.
00:24Selain Serian, Kuching merekodkan bacaan IPU 194 diikuti Sabarahan 188, Bintulu 170, Seriaman 168, Samalaju 164, Sarike 160, Sibu 159,
00:41Muka 155 dan Miri 148.
00:45Bukit Rambai Melaka pula mencatat bacaan IPU 134. Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan
00:55antara 201 hingga 300 berada pada tahap sangat tidak sihat.
00:59Orang ramai, khususnya golongan berisiko, dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti luar sekiranya keadaan jerebu bertambah buruk.
01:10Bukit Rambai Melaka
Comments