00:00Seramai 28 pendatang tanpa izin pelbagai warga negara ditahan dalam op sapu yang dijalankan di empat premis berasingan di sekitar
00:09Pokok Sena dan Jitra pada Selasa.
00:11Jabatan Imigresen Malaysia Kedah dalam satu kenyataan berkata operasi bermula 12 tengah malam.
00:19Katanya pemeriksaan di sebuah rumah kongsi di Jitra, sebuah premis tidak bernombor di lebuh raya Bukit Kayu Hitam,
00:25sebuah premis di Jalan Wang Tepus, Jitra serta sebuah premis di Kampung Jabi, Pokok Sena telah dijalankan dalam operasi itu.
00:34Seramai 63 pendatang tanpa izin telah diperiksa dan daripada jumlah itu, 28 orang ditahan.
00:41Mereka terdiri daripada 25 lelaki, 2 wanita dan seorang kanak-kanak yang kesemuanya berumur antara 1 hingga 47 tahun.
00:51Mereka yang ditahan merupakan 12 warga Myanmar, 12 warga Bangladesh dan 4 warga Indonesia.
00:59Kesemuanya dibawa ke depo imigresen belantik SIK untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.
01:04Terima kasih telah menonton!