Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Pihak yang bertanggungjawab menguruskan dana berkenaan juga perlu bebas daripada pengaruh politik serta mempunyai kepakaran termasuk dalam bidang perakaunan forensik bagi mengesan sebarang bentuk penyelewengan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pelaksanaan pendanaan awam kepada parti politik perlu disertai mekanisme audit profesional, pemantauan bebas serta penguatkuasaan yang kukuh.
00:10Ia bagi memastikan dana pembayar cukai digunakan mengikut tujuan yang ditetapkan serta mengelakkan ketirisan dan salah guna.
00:19Presiden Pertubuhan Integriti dan Goveranan Malaysia, MIG, Dato' Sri Akbar Sata berkata setiap dana yang disalukan kerajaan perlu dimasukkan ke
00:28dalam akaun parti.
00:29dan bukan diberikan kepada individu dalam parti berkenaan.
00:36Jelas beliau mekanisme audit oleh pihak profesional yang diperakui juga perlu diwujudkan bagi memastikan penggunaan dana dapat dipantau dan disemak
00:44secara telus.
00:45Sebab di Malaysia ni kalau duit, diorang ni guna kreatif accounting, nak tipu saja.
00:51Itu masalah masyarakat kita yang saya rasa dari segi integriti dan juga dari segi pemahaman mereka mengenai political donation pun
01:00saya rasa tak berapa begitu bagus.
01:03Dia kira duit-duit saja tapi dia tak faham bahawa banyak kita rugi oleh kerana hilang, tiris dan sebagainya disebabkan
01:11oleh tidak ada Political Donation Act.
01:13Akbar menambah pihak yang bertanggungjawab menguruskan dana berkenaan juga perlu bebas daripada pengaruh politik serta mempunyai kepakaran termasuk dalam bidang
01:22perekaunan forensik bagi mengesan sebarang bentuk penyelewengan.
01:25Sementara itu, penolong pengurus penyelidikan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi AIDES, Shazwan Zainal berkata,
01:33kajian yang dijalankan AIDES mendapati sokongan orang ramai terhadap pembiayaan awam parti politik adalah hampir seimbang dengan 49% menyokong
01:42dan 50% tidak menyokong.
01:45Katanya hampir 70% negara di dunia atau kira-kira 120 daripada 174 negara yang dikaji telah melaksanakan pembiayaan awam
01:56kepada parti politik termasuk United Kingdom, Canada serta Australia.
02:02Tapi saya rasa kita patut tekankan bahawa ia satu bentuk pelaburan.
02:06Kalau kita boleh kumpul derma sebanyak RM50 juta untuk tabung seorang ahli politik, takkanlah kita tak boleh sediakan RM130 juta
02:16untuk diagihkan secara adil kepada semua parti politik di Malaysia.
02:20Memang betul kita pelanjakan wang rakyat untuk parti politik tapi perbelanjaan ini ada hasilnya.
02:25ia akan kurangkan kebergantungan parti politik kepada individu kaya raya dan syarikat besar dan juga boleh hasilkan satu sistem politik
02:34yang ada persaingan politik yang sihat dan saksama dan ada lebih level playing field di situ.
02:40Mereka berkata demikian dalam program Agenda Awani, Perdanaan Awam bagi parti politik sudah bersedia yang disiakan pada Rabu malam.

Recommended