Skip to playerSkip to main content
  • 20 minutes ago
WHO beri amaran penularan Ebola semakin meluas dan menghampiri sempadan antarabangsa

Category

🗞
News
Transcript
00:00Wabah Ebola di Republik Demokratik Kongo atau DRC dikategorikan membimbangkan walaupun jumlah jangkitan menunjukkan penurunan sederhana.
00:09Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO memaklumkan sebanyak 7,733 kes disahkan termasuk 3,732 kematian direkodkan setakat ahad.
00:21Menurut WHO, penularan kini semakin meluas secara geografi dengan 63 zon kesihatan di 7 wilayah terjejas.
00:30Kes terbaru turut dikesan di zon kesihatan DUMU, wilayah Haud ULA yang bersempadan dengan Sudan Selatan sekaligus meningkatkan risiko penularan
00:40merentas sempadan.
00:42Situasi rawatan juga kekal kritikal khususnya di TV Utara apabila kadar penggunaan kemudahan rawatan khusus Ebola mencecah 91.2%.
00:54WHO menilai risiko penularan lanjut dalam DRC pada tahap sangat tinggi, manakala risiko terhadap negara jiran berada pada tahap tinggi.
01:03Wabak yang diisytiharkan pada Mei itu merupakan wabak Ebola terbesar dan paling membawa maut.
01:09Pernah direkodkan di DRC serta kedua terbesar di dunia selepas epidemik Afrika Barat antara 2014 hingga 2016.
01:19Terima kasih.
01:22Terima kasih.
01:22Terima kasih.

Recommended