Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa situasi di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu.
Transcript
00:00Status lokasi tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum dimuktamadkan setakat ini.
00:06Rakan Stugas Umar Vati Ramayah masih lagi berada di kediaman Najib di Langgak Duta.
00:11Kita mahu terus bersama dengan Umar.
00:13Umar apa yang boleh dikongsikan buat waktu ini?
00:17Bila kita mulakan dengan perkembangan dari Langgak Duta Kuala Lumpur pada jam ini,
00:21dan setakat ini lokasi tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum dimuktamadkan lagi
00:28sama ada di kediaman rasmi di sini atau lokasi lain.
00:31Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisional Anwar Bakri Abdul Salam,
00:37memaklumkan pihak polis sudah bersedia untuk menambah kekuatan anggota dan aset logistik
00:42pada bila-bila masa sekiranya keadaan memerlukan.
00:46Dan beliau berkata, pada peringkat awal, kira-kira 5 hingga 10 anggota akan ditempatkan
00:51bersama balai polis bergerak dan kereta peronda polis MPB.
00:56dan penugasan itu adalah bagi membantu menjaga keselamatan pergerakan Datuk Seri Najib
01:01sepanjang proses pemulangan beliau ke kediaman ini.
01:04Dan sebuah balai polis bergerak dari IPD Sentul juga dijangka ditempatkan di perkarangan kediaman
01:09esok pada jam 7 pagi.
01:11Namun, van yang tiba hari ini lebih awal akan diarahkan pulang sebelum ditempatkan semula esok.
01:17Polis turut memaklumkan bahawa buat masa ini tiada keperluan untuk melaksanakan sebarang sekatan jalan raya esok
01:25sebaliknya kawalan lalu lintas saja yang biasa dijalankan.
01:29Dan sekiranya penyokong hadir beramai-ramai bagi menyambut ke pulangan Datuk Seri Najib,
01:33polis sedia untuk menggerakkan tambahan pegawai anggota dan logistik pada bila-bila masa.
01:39Dan sekiranya itu saja perkongsian yang dapat saya kongsikan dari lokasi pada jam ini.
01:45Kita kembali ke studio. Terima kasih.
Comments

Recommended