00:00Sebuah balai polis bergerak akan ditempatkan berhampiran satu daripada kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Suri Najib Tun Razak mulai esok,
00:07Isnin.
00:08Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisjoner Anwar Bakri Abdul Salam berkata,
00:13penempatan balai bergerak di bawah tanggungjawab ibu pejabat polis daerah IPD Sentul itu dijadwalkan bermula tujuh pagi di kediaman Najib
00:20di Langgaduta, Kuala Lumpur.
00:22Beliau berkata, penempatan balai bergerak itu bukan bertujuan mengawal Najib secara 24 jam,
00:29sebaliknya bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan beliau sekiranya proses pemindahan dari penjara ke kediaman berkenaan dilaksanakan.
00:38Anwar Bakri berkata, penempatan anggota polis ketika proses berkenaan dijangka melibatkan seorang penyelia bersama dua anggota selain dibantu unit kereta
00:47peronda MPV.
00:48Mengenai status kediaman berkenaan sebagai lokasi tahanan rumah Najib, Anwar Bakri berkata pihaknya belum menerima sebarang pengesahan rasmi berhubung perkara
00:57itu.
00:58Jelasnya terdapat kemungkinan kediaman lain milik Najib turut berada dalam pertimbangan bagi tujuan pelaksanaan tahanan di rumah itu.
01:04Terima kasih telah menonton!
Comments