Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Jabatan Penjara masih menunggu pemakluman rasmi bertulis sebelum melaksanakan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Najib.
Transcript
00:00Jabatan Penjara Malaysia masih menunggu pemakluman rasmi secara bertulis sebelum mengambil tindakan lanjut bagi melaksanakan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas
00:10Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
00:12Menurut kenyataan jabatan itu, keputusan berkenaan membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk
00:22kepada syarat ditetapkan termasuk pembayaran denda RM50 juta.
00:25Jabatan Penjara memaklumkan sebarang dokumen rasmi berkaitan keputusan lembaga pengampunan akan disampaikan menerusi saluran sewajarnya sebelum dikemukakan kepada jabatan itu
00:37untuk tindakan selanjutnya.
00:39Ia selaras dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Sabtu bahawa Kementerian dan Jabatan Penjara masih
00:46menunggu pemakluman rasmi berhubung keputusan tersebut.
00:51Jabatan Penjara menegaskan pihaknya bersedia melaksanakan sebarang arahan rasmi secara teratur, profesional dan berintegriti selaras dengan undang-undang peraturan penjara
01:00serta prosedur yang berkuatkuasa.
01:03Orang ramai turut diminta merujuk sumber rasmi dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai pelaksanaan keputusan berkenaan.
Comments

Recommended