Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Cadangan Akta Tahanan Rumah memberi tumpuan kepada tahanan reman yang memenuhi syarat tertentu bagi membantu mengurangkan kesesakan penjara dan memperkukuh pengurusan sistem koreksional negara.
Transcript
00:00Cadangan mewujudkan akta tahanan rumah adalah bertujuan mengurangkan kesesakan penjara, khususnya melibatkan tahanan reman yang masih menunggu proses perbicaraan.
00:10Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, cadangan itu bukanlah satu perkara baru kerana ia telah dibawa oleh
00:18KDN sejak tahun 2024.
00:23Beliau berkata ketika ini 41 penjara di seluruh negara menempatkan kira-kira 93,000 penghuni. Angka itu melebihi kapasiti semasa
00:32penjara yang dianggarkan hanya sekitar 75,000 orang.
00:37Menurut Saifuddin, keadaan itu menuntut satu pendekatan baru bagi memastikan sistem koreksional negara dapat dioperasikan dengan lebih berkesan.
00:45Beliau menjelaskan konsep tahanan rumah yang dicarangkan melibatkan tahanan reman yang memenuhi syarat tertentu.
00:52Mereka boleh ditempatkan di rumah dan dipantau menggunakan peranti elektronik sehingga tarikh perbicaraan.
00:59Saifuddin turut menegaskan bahawa kes-kes jenayah berat telah dikenalpasti untuk dikecualikan daripada mekanisme tersebut.
01:06Beliau berkata Kabinet sudah memberikan persetujuan dasar kepada Kementerian Dalam Negeri untuk memulakan proses penggubalan undang-undang berkenaan.
01:14Matlamat akhir cadangan itu adalah bagi mengurangkan kesesakan penjara dan memastikan pengurusan tahanan dapat dilaksanakan secara lebih cekap dan teratur.
Comments

Recommended