Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kim Yo-jong menolak resolusi IAEA terhadap program nuklear Korea Utara serta menuduh badan berkenaan mengamalkan dwistandard dan melayani kepentingan Amerika Syarikat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Korea Utara menolak resolusi terbaru agensi tenaga atom antarabangsa IAEA yang mendesak Pyongyang menghentikan segera semua aktiviti berkaitan program nuklear.
00:10Kim Jong-un, adik perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, menegaskan Pyongyang akan terus memastikan keupayaan nuklearnya kekal berwibawa
00:20dalam menghadapi ancaman daripada Amerika Syarikat dan sekutunya.
00:26IAEA meluluskan resolusi itu pada persidangan agongnya yang ke-70 di Vienna, Austria pada Khamis.
00:32Resolusi berkenaan menegaskan Korea Utara tidak boleh diiktiraf sebagai negara pemilik senjata nuklear di bawah Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear NPT.
00:41Kim menuduh IAEA mengamalkan duit standard kerana tidak membangkitkan isu penempatan dan perkongsian senjata nuklear Amerika Syarikat di Eropah
00:50suatu jaminan pertahanan Washington kepada Korea Selatan dan Jepun.
00:54Beliau turut mendakwa IAEA melayani kepentingan Amerika dan tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam aktiviti nuklear Korea Utara.
01:02Kementerian Luar Korea Utara pula menegaskan status negara itu sebagai kuasa nuklear tidak memerlukan pengiktirafan Amerika, negara barat atau IAEA,
01:10sebaliknya dijamin oleh keupayaan pencegahan nuklearnya.
01:13Pyongyang juga berikrar akan mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara
01:17dengan kekuatan besar bagi menghalang sebarang ancaman dari luar.
Comments

Recommended