Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Teater Muzikal Mansur & Liu sebagai antara pementasan terbaik tempatan dan bukti peningkatan mutu seni persembahan negara.
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan teater muzikal Mansur dan Liu sebagai satu bukti bahawa mutu pementasan tempatan kini
00:08telah mencapai tahap yang membanggakan.
00:11Menurutnya, pembangunan sektor budaya harus dilihat seiring dengan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara.
00:20Beliau berkata pementasan tersebut merupakan antara produksi terbaik yang pernah disaksikannya di dalam negara.
00:27Malah kualiti pementasan itu turut disifatkan mampu berdiri setanding dengan produksi di beberapa negara lain.
00:35Anwar turut menegaskan bahawa industri pementasan tempatan memerlukan sokongan berterusan daripada kerajaan dan sektor swasta bagi memastikan ia terus berkembang.
00:45Dalam masa yang sama, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk M. Nasir dan seluruh pasukan produksi yang menjayakan pementasan
00:52tersebut.
00:53Teater muzikal Mansur dan Liu mengisahkan pertemuan Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu dari dinasti Ming berdasarkan karya Agung Sulalatus
01:01Sulatin atau Sejarah Melayu.
01:04Produksi itu dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya sepanjang 10 hingga 20 September.
01:10Terima kasih.
01:10Terima kasih.
Comments

Recommended