Skip to playerSkip to main content
  • 20 minutes ago
Bintang pop antarabangsa, Ed Sheeran, dilihat sebak ketika menyampaikan permohonan maaf secara terbuka kepada peminat susulan kontroversi pengguguran penyanyi rap Macklemore daripada siri jelajah Loop Tour, yang mencetuskan pengunduran beberapa artis pembuka tirai sebagai tanda solidariti.
Transcript
00:00Bintang pop antarabangsa Ed Sheeran dilihat sebab ketika menyampaikan permohonan maaf secara terbuka kepada peminat
00:06susulan kontroversi pengguguran penyanyi rap Michael Moore daripada siri jelajah Loop Tour yang mencetuskan pengunduran beberapa artis pembuka tirai
00:15sebagai tanda solidariti. Kontroversi itu mencetuskan reaksi dalam industri muzik apabila beberapa artis pembuka tirai
00:23termasuk Lucas Graham dan Aaron Woe dan kumpulan B-Yoga menarik diri daripada jelajah itu selepas Michael Moore digugurkan daripada
00:31baki persembahan di AS.
00:34Susulan perkembangan itu, konser di Lincoln Financial Field, Philadelphia diteruskan tanpa artis pembuka tirai yang sebelum ini dijadualkan membuat persembahan
00:44menyebabkan waktu permulaan konser diubah berbanding jadual asal.
00:47Kemelut berkenaan bermula selepas Michael Moore digugurkan daripada baki siri jelajah di AS, susulan kenyataan pro-Palestine yang disuarakannya ketika
00:58membuat persembahan di MetLife Stadium, New Jersey awal bulan ini.
01:03Keputusan itu dibuat selepas pihak penganjur menerima bantahan daripada beberapa venue dan pihak berkepentingan yang terlibat dalam siri jelajah berkenaan.
01:11Sebelum memulakan persembahannya, Sheeran tampil memberikan penjelasan kepada puluhan ribu peminat.
01:28Penyanyi lagu hit Shape of You itu dilihat sebab malah beberapa laporan media menyatakan beliau mengalirkan air mata ketika menyampaikan
01:36permohonan maaf dan mengakui telah melakukan kesilapan dalam mengendalikan kontroversi berkenaan.
01:41Sheeran turut menyuarakan pandangan mengenai konflik di Asia Barat dengan berkata keadaan di Gaza merupakan satu malapetaka kemanusiaan yang tidak
01:50boleh diterima selain menegaskan kepentingan kebebasan bersuara dalam kalangan penggiat seni.
01:55I said free Palestine.
01:59I said free Palestine.
Comments

Recommended