Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Mesir mengecam serangan yang menyasarkan Riyadh dan menegaskan sokongan penuh terhadap kedaulatan serta keselamatan Arab Saudi ketika ketegangan serantau terus meningkat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Mesir mengecam sekeras-kerasnya serangan yang menyasarkan Riyad pada Sabtu dan menifatkannya sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap keselamatan serta kestabilan
00:10Arab Saudi.
00:11Menurut Kementerian Luar Mesir, serangan berkenaan turut dianggap melanggar undang-undang antarabangsa dan berisiko meningkatkan ketegangan di rantau Asia Barat.
00:23Kahirah berkata insiden itu merupakan satu peningkatan berbahaya yang boleh menjejaskan lagi kestabilan serantau yang sedia rapuh.
00:29Mesir menegaskan bahawa negara itu menolak sama sekali sebarang cubaan untuk menggugat keselamatan, kedaulatan dan integriti wilayah Arab Saudi.
00:38Dalam kenyataan yang sama, Mesir turut menyatakan solidariti penuh terhadap kerajaan dan rakyat Arab Saudi dalam menghadapi ancaman keselamatan tersebut.
00:46Kementerian Luar Mesir berkata Kahirah menyokong hak Arab Saudi untuk mengambil langkah yang difikirkan perlu bagi mempertahankan keselamatan dan kestabilan
00:54negaranya.
00:55Menurut Mesir, keselamatan Arab Saudi dan Mesir adalah saling berkait serta tidak boleh dipisahkan.
01:00Kenyataan itu dikeluarkan ketika ketegangan di rantau Asia Barat terus meningkat, susulan siri serangan dan ancaman keselamatan yang melibatkan beberapa
01:08negara di rantau berkenaan.
Comments

Recommended