00:00Kementerian Dalam Negeri KDN masih menunggu surat rasmi daripada Lembaga Pengampunan berhubung keputusan
00:07membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Turazak menjalani baki hukuman secara tahanan bersyarat di rumah.
00:15Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata surat berkenaan penting dalam menentukan butiran
00:21serta tindakan selanjutnya yang perlu dilaksanakan Jabatan Penjara mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
00:29Menurut beliau, pihaknya juga perlu meneliti kandungan keputusan berkenaan secara terperinci
00:34bagi mengetahui sama ada Lembaga Pengampunan menetapkan secara khusus lokasi atau premis untuk tahanan rumah berkenaan.
00:42Apapun, di peringkat Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara, kita menunggu keputusan resmi itu yang akan disampaikan
00:51secara hitam putih seperti mana keputusan Lembaga Pengampunan terdahulu disampaikan kepada kita.
01:00Kita akan tengok dalam keputusan Lembaga Pengampunan itu sama ada dia tetapkan premis
01:06ataupun dia serahkan kepada jatuh penjara.
01:08Sebab itu saya kata saya nak tengok dulu surat itu.
01:11Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyantuni keluarga mangsa
01:15empat kanak-kanak lemas di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, Kulim pada Sabtu.
01:44Selamat pagi.
01:50Tahanan Rumah boleh diteruskan.
01:53Yang dipertuan agung Sultan Ibrahim pada Jumaat berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Najib
01:58untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.
02:07Ketetapan itu dibuat selepas mendapat perkenan yang dipertuan agung Sultan Ibrahim
02:12yang mempergeruskan Masyarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada Jumaat.
Comments