Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu mengekalkan pendirian yang jelas dan konsisten terhadap dasar ekonomi serta reformasi institusi bagi memastikan keyakinan rakyat dan pelabur terus terpelihara sehingga penghujung penggal Parlimen.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Parti-parti dalam kerajaan perpaduan perlu terus menunjukkan kesepakatan dan konsistensi dalam melaksanakan dasar ekonomi suatu agenda reformasi institusi.
00:10Timbalan Ketua Strategi Rangkaian Ibu Pejabat Asia UN SDSN Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berkata,
00:18kerajaan perlu berada dalam satu suara, terutama selepas sesuatu keputusan dipersetujui di peringkat kabinet.
00:23Ada mekanisme yang kedua iaitu jemaah mesyuarat, jemaah kabinet setiap minggu.
00:31Di situlah kita andaikan bahawa kabinet itu boleh berlangsung, dia menjadi satu mekanisme untuk bertukar pendapat
00:41dan apa yang telahpun dipersetujui di situ dilihat sebagai keputusan bersama
00:50dan apa yang penting adalah kabinet dan ahli-ahli kabinet di menteri tidak boleh memberikan isyarat yang mengelilukan kepada orang
01:04awam,
01:05kepada masyarakat antarabangsa termasuk pelabur asing.
01:08Kerana kalau kerajaan ini lihat dia ada bagaikan satu kereta dengan lebih seorang pemandu,
01:19maka sudah tentu dia akan menjejaskan keyakinan terhadap keupayaan kerajaan memerintah menyusun dasar dan melaksanakan dasar.
01:35Jadi itu penting sekali dan bagaimana kita boleh menggalakkan agar menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri
01:45bertingkah laku secara profesional dan bertanggungjawab.
01:50Maksudnya, sungguh pun mereka mungkin ingin menjadi, menunjukkan diri sebagai hero, wira.
01:58Bagaimana kita boleh memastikan mereka ingat rukun kabinet itu, caranya ialah daripada rakyat.
02:07Rakyat perlu memberi isyarat yang jelas.
02:11Wong turut menegaskan setiap parti mempunyai hak untuk menentukan kedudukan politik masing-masing,
02:16termasuk membuat keputusan untuk kekal atau meninggalkan kerajaan.
02:20Namun selagi masih menjadi sebahagian daripada kerajaan,
02:24parti terlibat perlu menghormati prinsip tanggungjawab bersama kabinet dan bertindak secara profesional.
02:30Beliau berkata demikian dalam pantau agenda reformasi pada Selasa.
Comments

Recommended