00:01Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu JPNT mengarahkan semua sekolah di negeri itu menangguhkan sebarang aktiviti luar berkuatkuasa serta merta.
00:11Pengarah JPNT Kamsah Elias Kamal Mohamad berkata ia susulan peningkatan bacaan indeks pencema udara IPU yang melebihi 150 di tiga
00:21stesen iaitu Pakar, Kuala Terengganu dan Kemaman.
00:26Katanya aktiviti yang ditangguhkan termasuk program sukan, kokurikulum, pendidikan jasmani, perkemahan, lawatan rekreasi dan aktiviti air.
00:36Langkah itu dilakukan sehingga kualiti udara kembali pada tahap selamat.
00:41Jelas beliau pihak sekolah perlu sentiasa memantau bacaan IPU serta perkembangan udara semasa menerusi sumber rasmi yang berkaitan
00:49dan sekiranya terdapat murid atau warga sekolah yang mengalami gejala tidak sihat, tindakan segera perlu diambil seperti rawatan sewajarnya.
00:58Kamsah berkata pihak sekolah juga perlu memastikan pelajar sentiasa berada di dalam bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada udara luar,
01:07terutama yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan pernafasan.
01:11Menurutnya pihaknya telah memaklumkan arahan tersebut kepada semua pihak termasuk ibu bapa dan penjaga bagi memastikan mereka peka dengan perkembangan
01:20semasa.
01:21Beliau juga menyeru semua pihak supaya mematuhi arahan serta panduan yang dikeluarkan KPM, Jabatan Alam Sekitar serta Pejabat Pendidikan Daerah
01:30masing-masing dari semasa ke semasa.
Comments