Skip to playerSkip to main content
  • 18 minutes ago
PBB menyatakan kebimbangan terhadap keadaan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza susulan gangguan bekalan air bersih dan kekurangan keperluan asas. Dalam masa sama, serangan di Sheikh Radwan dilaporkan mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang termasuk seorang kanak-kanak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB bimbang terhadap keadaan penduduk Palestine yang kehilangan tempat tinggal di Gaza selepas akses kepada air
00:08bersih dan keperluan asas semakin terjejas.
00:10Juru cakapnya, Stefan Dujarik berkata agensi bantuan telah menyalurkan sejumlah kemah gantian dan keperluan asas namun bantuan itu masih belum
00:19mencukupi.
00:22Menurutnya, ramai keluarga maklumkan mereka memerlukan tilam, selimut dan kanvas perlindungan tambahan menjelang musim sejuk dan hujan yang bakal tiba.
00:31Di sebuah lagi lokasi berhampiran kawasan yang dikenali sebagai Yellow Line, penduduk maklumkan bahawa aktiviti ketenteraan telah mengganggu penghantaran bekalan
00:38air.
00:39Kerana itu menyebabkan ramai keluarga tidak mempunyai akses yang konsisten kepada sumber air bersih dan selamat.
00:45Selain itu, Dujarik berkata PBB terus menerima laporan membimbangkan mengenai serangan yang mengenai kawasan berpenduduk.
00:52Dalam perkembangan berasingan, sekurang-kurangnya dua rakyat Palestine termasuk seorang kanak-kanak maut selepas sebuah kenderaan diserang di kawasan Sheikh
00:59Radwan di utara Gaza.
01:02Tentera Israel mengesahkan pihaknya melancarkan serangan terhadap seorang individu yang didakwa sebagai anggota militan di kawasan berkenaan namun tidak memberikan
01:10butiran lanjut.
01:11PBB terus menggesa pelindungan terhadap orang awam dan perhantaran bantuan kemanusiaan tanpa halangan kepada penduduk Gaza.
Comments

Recommended