00:00Memorandum Persefahaman MOU bagi sektor pertahanan serta hal ihwal Islam yang dimeterai antara Malaysia dan Maldif
00:06bakal memperluas kerjasama dalam beberapa bidang strategik termasuk keselamatan maritim, latihan, industri halal, wakaf dan haji.
00:16Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai sebuah negara maritim, Maldif memberikan keutamaan kepada kerjasama dalam bidang berkenaan termasuk
00:24aspek keselamatan dan latihan.
00:26Mengenai kerjasama hal ihwal Islam, beliau berkata status Maldif sebagai negara Islam membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk meningkatkan
00:35kerjasama dalam pelbagai bidang.
00:36Katanya Maldif memberi perhatian terhadap aspek halal serta kerjasama dalam bidang latihan, dakwah dan pengurusan hal ihwal Islam khususnya berkaitan
00:46wakaf dan haji.
00:48Anwar berkata demikian kepada media Malaysia selepas selesai program rasmi di Pejabat Presiden di Maldif pada Selasa.
00:54Beliau dan Presiden Maldif, Dr. Muhammad Mu'izu sebelum itu menyaksikan pertukaran dua dokumen kerjasama berkenaan.
01:01Anwar menerima kunjungan hormat daripada tiga pemimpin kanan Maldif sebagai sebahagian daripada rangka lawatan rasmi beliau ke situ.
01:09Kunjungan hormat itu berlangsung selepas Anwar selesai menghadiri rangka program rasmi di Pejabat Presiden di Mali,
01:17termasuk mengadakan pertemuan empat mata dengan Dr. Muhammad Mu'izu dan mesyuarat delegasi Malaysia Maldif.
01:24Terima kasih kerana menonton!
Comments