Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Jenazah keempat-empat mangsa lemas di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, Kulim selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Nurul Ehsan Sungai Karangan, pada petang Selasa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jenazah keempat-empat mangsa lemas di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan Kulim. Selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah
00:09Perkuburan Islam Masjid Jamek Nurul Ehsan, Sungai Karangan pada petang selasa.
00:13Jenazah Muhammad Eril Aziz Muhammad Zafis, 12 tahun dan adik tirinya Muhammad Arif Naufan, 8 tahun, serta rakan mereka Muhammad
00:22Zafril Arsyad Muhammad Azrin, 12 tahun dan Muhammad Iman Nuruddin Khairul Anwar, 10 tahun. Selamat dikebumikan sekitar pukul 5.45
00:33petang.
00:36Terdahulu proses berdasiasat dilakukan di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alusetar sebelum semua jenazah dibawa ke Masjid Sungai Karangan untuk
00:46disolatkan.
00:47Di Tanah Perkuburan, kira-kira seribu orang hadir untuk memberi penghormatan terakhir terdiri daripada ahli keluarga mangsa, sahabat handai dan
00:56penduduk sekitar Taman Perumahan Berkenaan.
00:58Sebelum ini, Estrawani melaporkan empat kanak-kanak maut selepas terjatuh ke dalam longkang dipercayai ketika mahu mengambil bola dalam kejadian
01:07di Taman Desa Kayangan pada Isnin.
01:11Dua daripada mangsa berusia sekitar 12 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua lagi berusia 8 dan 10
01:19tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Comments

Recommended