00:00Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrat Ipoh pada Selasa
00:04atas dua pertuduhan mencabul dan mengaibkan kehormatan seorang pekerja perempuan
00:10sebuah kedai serbeneka bulan lalu.
00:13Tertuduh Muhammad Hazik Daniel Zulkifli, 23 tahun,
00:17membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrat S. Punita.
00:22Mengikut pertuduhan pertama, penjaga stor itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah
00:27terhadap remaja berusia 19 tahun berkenaan dengan niat mencabul kehormatannya.
00:34Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai serbeneka di panorama lapangan perdana
00:39dalam daerah Kinta kira-kira jam 5.25 pagi 24 Ogos lalu.
00:44Bagi pertuduhan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
00:50Bagi pertuduhan kedua, bapa kepada seorang anak itu didakwa dengan niat mengaibkan kehormatan mangsa sama
00:57dengan melakukan perbuatan tidak senonoh di hadapan wanita berkenaan pada tarikh, masa dan lokasi sama.
01:05Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
01:10Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000
01:14dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.
01:21Tarikh 22 Oktober depan ditetapkan sebagai sebutan semula kes
01:25bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
Comments