00:00Semua rakyat diseru agar sentiasa menjaga kesihatan dan mengamalkan pemakaian pelitup muka susulan keadaan jerobu yang melanda negara.
00:08Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Pemaisuri Agong, Raja Zarid Sofia bertitah keadaan kualiti udara yang merosot boleh
00:16memberi kesan kepada kesihatan rakyat.
00:18Menerusi hantaran di Facebook, baginda berdua bertitah langkah pencegahan itu penting bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat kualiti udara yang tidak
00:27sihat.
00:27Pencemaran udara berisiko menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, terutamanya yang melibatkan sistem pernafasan.
00:34Rakyat khususnya warga emas, kanak-kanak dan individu yang mempunyai masalah pernafasan disarankan mengambil langkah berjaga-jaga.
00:43Nasihat yang sama turut ditujukan kepada mereka yang bekerja di luar dan terdedah kepada keadaan udara yang tercemar.
00:49Baginda berdua juga menasihkan orang ramai mengurangkan aktiviti luar serta minum air yang mencukupi.
00:58Terima kasih telah menonton!
Comments