00:00Seperti konsep mangkuk salad, setiap bahan berbeza tetapi apabila digabungkan membentuk satu hidangan.
00:07Itu perumpamaan Menteri Perpaduan Negara Dato' Aaron Agudagang untuk menggambarkan wajah Malaysia.
00:13Jelasnya keperbagaian itu bukan pemisah sebaliknya kekuatan untuk membina identiti bersama.
00:30So that is the very essence of the way forward since I have been here.
00:37Berbeza dengan pendekatan asimilasi, beliau menegaskan identiti setiap kelompok tidak perlu diseragamkan untuk membentuk satu masyarakat.
00:45Sebaliknya, perbezaan perlu difahami, dihormati dan diterima sebelum akhirnya diraihkan bersama.
00:51Bagaimanapun, Aaron berkata cabaran perpaduan bukan sekadar memahami perbezaan tetapi memastikan rakyat lebih banyak berinteraksi dengan masyarakat daripada pelbagai latar
01:01belakang kerana ia kunci meningkatkan kefahaman antara satu sama lain.
01:05Bahasa dan dialek turut menjadi sebahagian daripada warisan masyarakat yang perlu dipelihara namun jelas Aaron penggunaannya kini dilihat semakin terbatas.
01:48Malah usaha itu disifatkan beliau sebagai yang pertama.
01:51dilaksanakan pada skala sedemikian.
01:54Apa yang penting menurut Aaron, keperbagaian dimiliki Malaysia hari ini perlu terus dipertahankan supaya keunikan setiap komuniti.
02:01Bukan sekadar dikenali tetapi kekal hidup dan diwarisi generasi seterusnya.
Comments