00:00Kerajaan Negeri Melaka akan memastikan setiap projek kediaman baharu melalui proses semakan nilai harga jualan sebelum pembinaan dilaksanakan.
00:09Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri A.B. Raof Yusof berkata, semakan tersebut akan dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
00:18atau JPPH.
00:22Langkah itu bagi memastikan harga rumah yang ditawarkan kepada pembeli kekal munasabah dan selaras dengan kemampuan rakyat.
00:30Menurut beliau, proses itu akan dilaksanakan menerusi jawatan kuasa pecah sempadan tanah dan belah bahagi negeri.
00:37Jelasnya berdasarkan laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara bagi suku pertama tahun ini, Melaka mencatat harga jualan rumah paling rendah
00:45di Malaysia.
00:46Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, Melaka merekodkan 8,661 transaksi hartanah bernilai RM3.1 bilion.
00:56Daripada jumlah itu, subsektor kediaman kekal menjadi penyumbang utama dengan 5,479 transaksi bernilai RM1.78 bilion.
01:06E.B. Rauw berkata nisbah kemampuan perubahan Melaka kini berada pada tahap 3.27 lebih baik berbanding purata nasional iaitu
01:154.39.
01:17Bagaimanapun tegasnya pencapaian itu bukan alasan untuk kerajaan negeri berasa selesa.
01:23Kerajaan negeri menyasarkan kadar pemilikan rumah meningkat kepada 88% menjelang 2030 dengan matlamat memastikan lebih ramai rakyat Melaka mampu
01:33memiliki rumah sendiri.
01:34Terima kasih kerana menonton!
01:34Terima kasih kerana menonton!
Comments