00:00Menteri Besar tidak mempunyai kuasa secara unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan.
00:09Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Ismail Lasin berkata, kedudukan dan proses berkaitan institusi berkenaan diperuntukkan secara khusus di bawah Undang
00:19-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dan Prinsip Raja Berperlambagaan.
00:26Katanya mesyuarat kerajaan negeri yang bersidang pada Selasa menegaskan perkara berkaitan kedudukan yang di Pertuan Besar bukan soal politik atau
00:33peribadi.
00:34Sebaliknya ia merupakan isu perlembagaan yang perlu ditentukan berdasarkan Undang-Undang dan prosedur yang telah ditetapkan.
00:41Menurut beliau, sesuatu proklamasi tidak secara otomatik mewujudkan kuasa perlembagaan.
00:48Katanya persoalan yang perlu ditentukan ialah sumber kuasa bagi proklamasi tersebut, syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh Undang-Undang Tubuh
00:57serta sama ada semua keperluan itu dipatuhi.
01:01Jelas Ismail perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 menetapkan kerangka khusus berhubung tindakan terhadap kedudukan yang di
01:10Pertuan Besar.
01:10Beliau berkata penglibatan Menteri Besar dalam proses yang diperuntukkan oleh perlembagaan tidak bermaksud Menteri Besar mempunyai kuasa untuk menentukan sendiri
01:21kerudukan yang di Pertuan Besar.
01:24Sebaliknya apa-apa peranan yang diperuntukkan kepada Menteri Besar mesti dilaksanakan dalam batas dan menurut kehendak Undang-Undang Tubuh.
01:32Jika terdapat pertikaian, katanya ia wajar ditentukan melalui proses kehakiman.
Comments