00:00Majlis Agama Islam Selangor, MAIS menyasarkan semua masjid di negeri itu menggunakan kecerdasan buatan AI dan teknologi digital dalam pengurusan
00:09masing-masing.
00:10Setiusaha MAIS, Dr. Mohamad Sabirin Mohamad Sarbini berkata, pihaknya bersama Jabatan Agama Islam Selangor sedang mengusahakan pendigitalan sistem kewangan masjid
00:21di seluruh negeri.
00:25Setakat ini, kira-kira 30% masjid di Selangor telah mula memanfaatkan teknologi tersebut bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran dan pengurusan.
00:35Langkah itu bertujuan memastikan pengurusan kewangan yang lebih sistematik, meningkatkan ketulusan rekod dan memudahkan proses audit.
00:43Mohamad Sabirin berkata, terdapat masjid yang mengambil inisiatif sendiri untuk mendigitalkan data karya bagi memperkemas urusan pentadbiran.
00:52Antara usaha yang dilaksanakan termasuk pelaksanaan bancian zakat secara digital bagi memastikan maklumat direkod dengan lebih tepat dan telus.
01:02Walaupun menyasarkan pelaksanaan sepenuhnya, Mohamad Sabirin berkata kejayaan inisiatif itu bergantung kepada tahap kesiapsiagaan setiap masjid dalam menerima teknologi baru.
01:13Jelas beliau masjid yang mempunyai infrastruktur asas dan sistem sedia ada mampu melaksanakan pendigitalan dengan lebih cepat.
01:21Sebagai sokongan, MAIS turut menyediakan kursus percuma secara berkala kepada jawatan kuasa pengurusan masjid berkaitan pengurusan kewangan digital dan penyimpanan
01:31rekod.
Comments