Skip to playerSkip to main content
  • 54 minutes ago
Perkongsian bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) susulan situasi jerebu yang melanda negara menerusi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) oleh Farhan Hakimi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Di jam ini kita akan bawakan perkembangan terkini mengenai bacaan IPU ataupun indeks pencema udara beberapa kawasan di seluruh negara
00:09dan tentunya kita akan ke APIMS di bawah kendalian Jabatan Alam Sekitar JAS.
00:14Kita ingin melihat kawasan yang paling teruk terjejas kalau saya boleh kongsikan kepada anda setakat ini ada 41 kawasan di
00:24seluruh negara yang mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat dengan Johan Setia mencatatkan bacaan IPU 190 diikuti Ceras di Kuala
00:36Lumpur dengan bacaan 180 dan di Negeri Sembilan dinilai dengan bacaan 178.
00:44Di sini kalau kita lihat angkanya sedikit meningkat berbanding dengan bacaan IPU yang dikongsikan oleh beberapa rakan setugas saya pada
00:53sebelah petang dan juga tengah hari tadi.
00:55Dan ada beberapa 25 kawasan di seluruh negara yang mencatatkan bacaan IPU yang sihat di mana Kedah Kulim Hightech 99
01:06di Bandar Raya Melaka 94.
01:09Sama juga bacaannya untuk Tanah Merah 94 juga dan kalau kita lihat di beberapa kawasan di sebelah Sabah dan juga
01:19Sarawak mencatatkan bacaan yang sederhana.
01:23Maaf, tadi saya sebut ini bacaan yang sihat. Sebenarnya ini adalah bacaan yang sederhana.
01:27Kalau kita imbau kembali berdasarkan nombor ataupun angkanya, bacaan yang sihat adalah daripada kosong hingga angka 50.
01:37manakala untuk bacaan sederhana adalah 51 hingga 100 dan tidak sihat pula adalah daripada 100 hingga 200 dan juga 201
01:49hingga 300 sangat tidak sihat dan tentunya melebihi angka 300 adalah bacaan IPU yang berbahaya.
01:57Dan di sini perbezaannya amat ketara. Cumanya ada satu kawasan di Sarawak yang mana mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat
02:07iaitu di IPD Serian.
02:09Ini juga antara salah satu kawasan yang mencatatkan bacaan IPU yang tertinggi sepanjang tempoh seminggu yang lalu.
02:16Dan tentunya perkembangan ini anda boleh lihat sendiri di laman web APIMS untuk anda mungkin fahami dan juga ketahui adakah
02:29salah satu kawasan yang dicatatkan ini adalah kawasan yang anda berada.
Comments

Recommended