Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Indonesia mencatatkan 1,437 titik panas khususnya di Kalimantan. Ia berikutan kebakaran hutan dan tanah masih berlaku di beberapa kawasan sekaligus memburukkan lagi situasi jerebu rentas sempadan.

Category

🗞
News
Transcript
00:01Indonesia mencatatkan 1,437 titik panas khususnya di Kalimantan.
00:08Ia berikutan kebakaran hutan dan tanah masih berlaku di beberapa kawasan,
00:11sekaligus memburukkan lagi situasi jerebu rentas sempadan.
00:15Kalimantan tengah merekodkan jumlah tertinggi dengan 689 titik panas setakat malam Isnin.
00:22Diikuti Kalimantan Barat sebanyak 203, Sumatera Selatan 116, Kalimantan Selatan 112 dan Jambi di Sumatera 9.
00:35Hasil pemantauan terkini tidak mengesan sebarang titik panas di Riau
00:39manakala operasi pemadaman kini tertumpu di Kalimantan khususnya Kalimantan Tengah dan Kalimantan Barat.
00:45Menurut pegawai Kementerian Perhutanan Indonesia, keadaan kualiti udara di Indonesia
00:49masih berbeza-beza dengan Sumatera dan Kalimantan masih mencatatkan
00:53bacaan tidak sihat hingga sangat tidak sihat, malah berbahaya di kawasan tertentu.
00:58Mengenai usaha pemadaman, pihak berkuasa Indonesia kini telah mengerah 53 pesawat
01:03termasuk 34 pagi operasi waterbombing dan 19 untuk rondaan udara
01:08selain operasi pembenihan awan.
01:11Operasi dari udara turut diperkukuh dengan 3 helikopter CH-47 Chinook dari Jepun
01:17bagi membantu kerja pemadaman.
01:18Manakala, pasukan darat meneruskan usaha pemadam kebakaran
01:22mencegah api daripada merebak, memadam sisa barat
01:25serta menyenjukkan kawasan terjejas.
01:28Selain Malaysia, turut terkesan akibat jerebu rentas sempadan Singapura
01:32yang turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat
01:34ketika kepulauan asap sederhana hingga tebal daripada kebakaran di Kalimantan
01:39dikesan merebak ke arah negara itu.
01:41selamat menikmati.
01:42Selamat menikmati.
Comments

Recommended