00:00Ibu bapa digalakkan membawa anak yang menunjukkan kelewatan perkembangan atau berdepan masalah pembelajaran untuk menjalani saringan awal bagi memastikan mereka
00:09mendapat sokongan sewajarnya.
00:11Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadlina Siddiq berkata saringan awal penting bagi mengesan masalah seperti autisma, gangguan spektrum autisma dan gangguan
00:21hyperaktif kurang tumpuan atau ADHD pada peringkat awal.
00:25Fadlina berkata program saringan berkenaan dilaksanakan bersama pakar termasuk ahli psikologi dan terapis bagi menilai perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.
00:35Jadi program saringan ini sangat penting. Jadi kita memang sangat menggalakkan ibu bapa yang barangkali dalam bahasa biasanya tak sedap
00:43hatilah tengok perkembangan anak dia mungkin sikit lambat, mungkin berhadapan dengan masalah pembelajaran,
00:48mungkin ada masalah juga yang kita sebut sebagai yang mereka sendiri tidak dapat kenal pasti dari segi itu.
00:58Jadi kita mohon untuk datang ke Kementerian Pendidikan Malaysia dan kita boleh lakukan pengesanan itu bersama dengan pakar-pakar yang
01:04kita ada.
01:05Jadi ada speech therapy, maknanya ada psikologi yang akan melihat secara keseruhan perkembangan anak-anak ini dan akan memberikan pedoman
01:15dan saranan kepada ibu bapa.
01:17Beliau berkata demikian selepas program tindak susul Parlimen Siri 3 di Sekolah Kebangsaan Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
01:24Sementara itu, Falina berkata, dua sekolah orang asli di negeri Kelantan kini dinaik taraf daripada Sekolah Model Khas Komprehensif K9
01:31kepada K11
01:32bagi membolehkan murid meneruskan pendidikan sehingga tingkatan 5 tanpa perlu keluar dari kawasan penempatan mereka.
01:39Katanya, dua sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan Bihai di Pos Bihai dan SK Sri Permai di Pos Pasir.
Comments