Skip to playerSkip to main content
  • 27 minutes ago
YTL Power International Berhad (YTL Power) dan Ganda Power menandatangani perjanjian tempahan dengan Siemens Energy bagi empat lagi unit turbin gas SGT-9000HL.
Transcript
00:00YTL Power International Berhad, YTL Power dan Ganda Power menandatangani perjanjian tempahan dengan Siemens Energy bagi 4 lagi unit turbin
00:10gas SGT9000HL.
00:13Perjanjian yang dimeterai pada 14 September itu menjadikan keseluruhan 7 unit turbin gas ditempah oleh kedua-dua syarikat dengan kapasiti
00:22gabungan melebihi 5,250 MW.
00:25Ia akan digunakan bagi menyokong projek penjanaan tenaga di Malaysia serta rantau ini, susulan peningkatan permintaan terhadap bekalan elektrik yang
00:33stabil dan boleh dipercayai.
00:35Peningkatan permintaan itu didorong antara lain oleh perkembangan sektor perindustrian, elektrifikasi serta pertumbuhan pesat pusat data dan teknologi kecerdasan buatan
00:44AI.
00:45Pada majlis berkenaan, Ganda Power diwakili pengarahnya Dato' Said Budris Putra Jamalulail, manakala YTL Power diwakili pengarah urusannya Dato' Sri
00:54Yoh Siok Hong.
00:55Siemens Energy pula diwakili Ahli Lembaga Eksekutif Siemens Energy AG merangkap naik Presiden Eksekutif Gas Services Karim Amin.
01:03Menurut Yoh, perjanjian tambahan itu mengukuhkan keupayaan syarikat untuk menyediakan penyelesaian tenaga yang boleh dipercayai cekap dan berdaya saing di
01:11peringkat global.
01:13Katanya, Siemens Energy merupakan rakan kongsi YTL Power selama lebih tiga dekad dengan kerjasama kedua pihak berteraskan kecembelangan kejuruteraan dan
01:21pelaburan jangka panjang.
01:22Sementara itu, perjanjian berkenaan melengkapi pelaburan YTL Power dalam infrastruktur digital termasuk pembangunan pusat data, pengkomputeran dipercepatkan berasaskan teknologi Nvidia
01:34melalui YTL AI Cloud serta pembangunan model dan aplikasi AI oleh YTL AI Labs.
01:40Antaranya termasuk ilmu, model bahasa besar LLM Malaysia yang dibangunkan oleh YTL AI Labs.
Comments

Recommended