00:00Wilayah ekonomi koridor utara NCER menyasarkan pelaburan kumulatif sebanyak RM470 bilion menjelang 2030.
00:09Menurut Menteri Ekonomi Akman Nasrullah Mamad Nasir, 70% daripadanya akan disumbang oleh sektor utama seperti elektrik dan elektronik,
00:19otomotif, pelancongan bernilai tinggi dan pertanian modern.
00:22KDNK untuk NCER iaitu RM369 bilion menjelang 2030 dengan peningkatan 5.5% setahun.
00:36Kedua, pelaburan yang direalisasikan secara kumulatif adalah sebanyak RM470 bilion iaitu peningkatan RM126.2 bilion dengan lebih 70% disumbangkan
00:55oleh sektor utama
00:56seperti semikonduktor, E&E, elektrik dan elektronik, otomotif, pelancongan yang bernilai tinggi dan juga pertanian modern.
01:07Dari segi peluang pekerjaan, kita gariskan secara kumulatifnya sebanyak RM310,000 peluang pekerjaan.
01:17Tetapi di sini kita bagi satu penekanan berbanding dengan cara sebelum ini iaitu daripada jumlah tersebut 45% mestinya datang
01:28dari sudut pekerjaan berkemahiran tinggi.
01:31Dan juga akhir sekali adalah dari segi pendapatan isi rumah penengah ataupun median salary pada tahap RM7,500.
01:41Sasaran itu adalah hasil daripada inisiatif dibawah pelan pembangunan strategi NCER 2026-2030.
01:49Akman Nasrullah berkata pelan itu adalah manifestasi komitmen kerajaan untuk menerjemahkan wawasan rancangan Malaysia ke-13 RMK-13 ke peringkat
01:59wilayah secara tersusun dan berimpak tinggi.
02:02Jadi bagi pihak saya sendiri, pelan NCER 2026-2030 ini bukan sekadar tentang membesarkan lagi ekonomi wilayah.
02:14Kalau dalam ekonomi selalu disebut mengembangkan lagi keknya.
02:18Tetapi matlamat kita sebenarnya lebih luas iaitu untuk kita terus membina kekuatan ekonomi yang lebih kompleks, lebih produktif dan juga
02:31lebih tahan terhadap kejutan sambil memastikan kemajuan itu benar-benar dapat dirasai dan sampai kepada rakyat di Perlis, Kedah, Pulau
02:43Pinan dan juga Perak.
Comments