00:00Polis Diraja Malaysia PDRM bersedia mempertimbangkan cadangan membantu Kementerian Kesihatan KKM melaksanakan penerbangan ihsan bagi membawa pesakit mendapatkan rawatan kecemasan
00:12di kawasan perdalaman.
00:14Ketua Polis Negara Tan Sri Muhammad Khalid Ismail berkata pihaknya menyambut baik cadangan tersebut demi memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan
00:23dapat diteruskan.
00:24Muhammad Khalid berkata pasukan gerakan udara PDRM ketika ini berdepan dengan kekangan aset berbanding keluasan kawasan operasi dan keperluan semasa.
00:35Menurut beliau aset udara PDRM di Sarawak ketika ini merangkumi dua buah kapal terbang dan sebuah helikopter.
00:42Katanya kerjasama yang lebih erat antara Kementerian dan agensi berkaitan mampu memastikan tugas serta tanggungjawab dilaksanakan dengan lebih berkesan.
00:52Beliau turut menyatakan perolehan aset baharu atau kaedah operasi yang lebih sesuai boleh dipertimbangkan bagi memperkukuh keupayaan bantuan pada masa
01:02hadapan.
01:03Sebelum ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad memaklumkan empat agensi kerajaan akan membantu KKM melaksanakan penerbangan ihsan untuk
01:13penduduk pendalaman.
01:14Hikmat itu digunakan sebagai langkah sementara susulan penggantungan operasi perkhidmatan doktor udara berikutan nahas helikopter di Miri, Sarawak.
01:23Mengulas siasatan nahas tersebut, Muhammad Khalid berkata seramai 20 saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
01:32Terima kasih telah menonton!
Comments