Skip to playerSkip to main content
  • 45 minutes ago
Menerusi unjuran Pasaran Global Airbus (GMF) 2026-2045, trafik penumpang di rantau itu dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) 5.1 peratus, mengatasi purata global 3.9 peratus.
Transcript
00:00Asia Pasifik dijangka menjadi pemaca utama pertumbuhan penerbangan global dalam tempoh dua dekad akan datang.
00:07Menerusi unjuran pasaran global Airbus GMF 2026-2045, trafik penumpang di rantau itu dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul
00:19CAGR 5.1% mengatasi purata global iaitu 3.9%.
00:26Dalam satu kenyataan, angka trafik penumpang di Asia Pasifik dijangka meningkat lebih dua kali ganda sepanjang tempoh berkenaan sekaligus memerlukan
00:3519,120 pesawat penumpang baru.
00:38Jumlah itu mewakili 45% daripada keseluruhan permintaan global sebanyak 42,060 pesawat baru dalam tempoh 20 tahun.
00:47Pertumbuhan itu disokong asas ekonomi yang kukuh dengan populasi golongan berpendapatan sederhana dijangka mencecah 3 bilion individu menjelang 2045.
00:57Selain perkembangan pesat urbanisasi yang menjadikan perjalanan udara semakin penting kepada aktiviti sosial dan ekonomi.
01:05Mengenai peningkatan ketersambungan, jelas Airbus ia didorong pembangunan strategik infrastruktur lapangan terbang baru serta penggunaan pesawat jarak jauh seperti A321XLR
01:17dan A220
01:18yang membuka laluan antara bandar tanpa bergantung sepenuhnya kepada hak penerbangan utama.
01:25Presiden Airbus Asia Pasifik Anand Stanley berkata rangkaian penerbangan di rantau itu sedang berkembang dan mengalami perubahan dalam menghubungkan bandar
01:34-bandar utama.
01:35Di samping pengembangan berterusan rangkaian penerbangan jarak jauh, syarikat penerbangan di rantau ini semakin beralih daripada model tradisional
01:42dengan menghubungkan bandar-bandar sekunder secara terus kepada ekonomi global.
01:47Dengan memanfaatkan teknologi pesawat generasi terkini, syarikat penerbangan di rantau ini sedang membentuk semula landscape hubungan udara
01:55dan memacu kemakmuran ekonomi jangka panjang rantau ini.
Comments

Recommended