00:00Industri pelancongan Malaysia menjani RM323 bilion, menyumbang 15.9% kepada keluaran dalam negeri kasar KDNK pada 2025.
00:10Menurut akaun satelit pelancongan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, DOSEM,
00:16industri pelancongan berkembang sebanyak 8.6% pada tahun lepas berbanding 7.8% pada 2024.
00:24Peningkatan ini didorong permintaan kukuh daripada perbelanjaan pelancongan dalaman merangkumi perbelanjaan pelancongan inbound dan domestik.
00:34Perbelanjaan pelancongan dalaman merekodkan RM236.9 bilion pada 2025
00:40berbanding RM205.6 bilion tahun sebelumnya disumbangkan perbelanjaan pelancongan inbound 52.7%
00:49diikuti perbelanjaan pelancongan domestik 47.3%.
00:55DOSEM memaklumkan daripada jumlah keseluruhan RM323 bilion,
01:00perdagangan runcit menyumbang 50.6% diikuti makanan dan minuman 16.4%.
01:07Manakala perkhidmatan khusus bercirikan pelancongan negara seperti kesihatan dan aktiviti mesyuarat,
01:13insentif, konvensen, pameran dengan sumbangan sebanyak 13.1%.
01:18Sementara itu, penginapan dan aktiviti kebudayaan serta sukan dan rekreasi masing-masing menyumbang 9.3% dan 4.3%.
01:28Pada masa sama, guna tenaga dalam industri berkaitan pelancongan pula mencatatkan 3.7 juta orang pada 2025
01:35dengan menyumbang 22.1% kepada jumlah guna tenaga di Malaysia.
01:40Selain itu, komposisi guna tenaga dalam industri berkaitan pelancongan didominasi subsektor perdagangan runcit dengan sumbangan sebanyak 37.9%.
01:50Ia diikuti perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman 36.7% dan perkhidmatan khusus bercirikan pelancongan negara 10.5%.
02:00Gamungan ketiga-tiga subsektor pelancongan itu menyumbang 85.1% daripada jumlah guna tenaga industri berkaitan pelancongan.
Comments