Skip to playerSkip to main content
Pucuk Midin ni sayur kampung murah je tapi kalau masak lemak macam ni, memang buka selera. Kalau jumpa sayur ni dekat pasar, boleh cuba masak menu ni. Dijamin tambah nasi. Selamat mencuba!

Sayur Lemak Pucuk Midin

BAHAN-BAHAN:
2 ikat pucuk midin
3 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam
2 ekor isi ikan rebus
1 mangkuk santan cair (kalau nak kuah lebih tambah air suam)
2 biji ubi keledek (buang kulit dan potong nipis)
Garam dan serbuk cukup rasa

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #sayurlemakpucukmidin #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Kalau suka lauk kampung yang simple, berkuah dan lemak-lemak santan,
00:03resepi sayur lemak pucuk midi ni memang wajib cuba.
00:06Lagi-lagi bila ada ubi keledek, rasa kuah jadi lebih manis dan sedap.
00:09Nak try tak? Jom kita masak.
00:11Mula-mula kita sediakan bahan kisah dulu.
00:13Masukkan bawang merah dan lada hitam ke dalam blender.
00:16Kisah sampai lumat.
00:18Kalau rajin, nak tumbuk pun boleh.
00:20Seterusnya, tuang santan cair ke dalam periuk.
00:22Masukkan juga hirisan ubi keledek dan juga bahan kisah tadi.
00:25Ubi keledek tu potong nipi-nipis je, baru senang empuk.
00:28Kacau peralahan dan masak guna api sederhana sampai kuah mula mendidik dan ubi keledek jadi lembut.
00:33Bila keledek dah empuk, masukkan pucuk midi ni.
00:36Sayur reni.
00:37Kacau peralahan supaya pucuk midi tenggelam dan masak sekata.
00:41Oh, lupa nak cover.
00:42Kledek tu kalau tak ada, boleh je ganti dengan lapu.
00:44Kemudian perasakan dengan garam dan sebut perasa dengan secukupnya.
00:47Kalau suka, nak guna kiup patikan bilis pun boleh.
00:50Pucuk midi ni tak perlu masak terlalu lama.
00:52Cukup sampai layu dan masih ada tekstur rangup bila dimakan.
00:55Bila kuah dah mendidik sekali lagi, terus padam api.
00:57Dah siap sayur lemak pucuk midi ni kita.
01:00Laut kampung biasa je, tapi rasa dia luar biasa.
01:02Makan dengan nasi putih panas dan ikan goreng pun dah sedap.
01:06Selamat mencuba.
01:07Nak tengok tim rasa masak secara live?
01:08Jom intai aksi kami di TikTok Macam Rasa Setiap Selasa dan Khamis.
01:12Ingat makan, ingat rasa.
01:13Jangan lupa tonton!
Comments

Recommended