Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Tiga laporan polis dibuat berhubung kenyataan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa Amerika Syarikat pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan Kerajaan Malaysia pada 2014.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tiga laporan polis dibuat berhubung kenyataan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang
00:06yang mendakwa Amerika Syarikat pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia pada 2014.
00:14Laporan itu dibuat oleh Naib Ketua Cabang PKR Bandar Tun Razak V. Jonathan,
00:19Ketua Wanita PKR Cabang Bandar Tun Razak Mazlina Osman dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan AMK Bandar Tun Razak
00:26Amarul Hisham Jalil di Balai Polis Ceras.
00:32Jonathan berkata laporan itu dibuat susulan kenyataan Abdul Hadi ketika berucap pada muktamar tahunan PAS ke-72 di Kelantan pada
00:41Sabtu.
00:42Katanya Abdul Hadi mendakwa beberapa pemimpin PAS pernah dijemput mengadakan pertemuan dengan kedutaan Amerika Syarikat
00:49ketika Presiden Barack Obama melawat Malaysia pada tahun 2014 dengan pihak asing didakwa menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan ketika itu.
01:00Antara yang dikatakan hadir dalam pertemuan berkenaan ialah Datuk Seri Takiuddin Hassan, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Mustafa Ali
01:08bersama-sama Duta Amerika Syarikat ketika itu.
01:13Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ceras SCP Mohd Roshidi Daud mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut pada jam 5
01:21petang.
01:22Katanya laporan tersebut bagaimanapun akan dirujuk kepada ibu pejabat polis Daerah Wang Semaju.
Comments

Recommended