00:00Indonesia terus memantau perkembangan aktiviti Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda dan mengarahkan semua agensi berkaitan mengambil langkah yang diperlukan
00:09bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin.
00:13Presiden Prabowo Subianto berkata beliau telah menerima laporan dan maklumat terkini mengenai perkembangan aktiviti Gunung Berapi itu daripada agensi berkaitan.
00:24Beliau turut memaklumkan setiap agensi kerajaan terlibat bersiap-siaga serta memberikan pelindungan dan bantuan yang diperlukan masyarakat.
00:32Selain itu, beliau menasihati rakyat untuk menggunakan pelitup muka ketika berada di luar, mengurangkan aktiviti luar serta patuh kepada arahan
00:41pihak berkuasa.
00:42Setakat ini, tujuh lapangan terbang sudah melakukan penyesuaian operasi dengan menutup sementara operasi.
00:48Antara lapangan terbang itu ialah Soekarno-Hatta CJK, Halim Perdana Kusuma HLP, Husin Sastranegara BDO.
00:55Sementara itu, pemerintah provinsi DKI Jakarta mengambil keputusan menerapkan pembelajaran jarak jauh PJJ untuk semua sekolah susulan perkembangan semasa berkaitan
01:06aktiviti Gunung Anak Krakatau.
01:08PJJ itu berkuatkuasa mulai Isnin 7 September bagi Sekolah Tadika, Pusat Kegiatan Belajar Masyarakat atau PKBM, Sekolah Rendah, Sekolah Pendidikan
01:19Khusus, Sekolah Menengah Negeri dan Swasta.
01:23Keputusan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga khususnya berkenaan soal kesihatan dan keselamatan para murid, guru serta tenaga pendidik lainnya.
01:34Pusat Kegiatan Belajar
Comments