Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) menggesa penduduk di sekitar gunung berkenaan serta pengunjung, pendaki dan pelancong supaya sentiasa berjaga-jaga dan tidak memasuki kawasan dalam radius dua kilometer dari pusat aktiviti gunung, serta tiga kilometer di sektor selatan dan tenggara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Gunung berapi Ili Leotolo yang terletak di Kabupaten Lembata, Nusa Tenggara Timur, NTT, Indonesia
00:07dilaporkan kembali meletus pada ahad dan memuntahkan debu tebal setinggi 400 meter.
00:13Letusan itu direkodkan se-ismograf dengan amplitude maksimum 40mm dan tempoh 40 saat.
00:21Sebelum ini, Ili Leotolo telah meletus beberapa kali dengan kejadian terbaharu pada selasa lalu.
00:27Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi PVMBG menggesa penduduk di sekitar gunung terbabit
00:34serta pengunjung, pendaki dan pelancong supaya sentiasa berjaga-jaga.
00:39Antara lain tidak memasuki kawasan dalam radius 2km dari pusat aktiviti gunung
00:44serta 3km di sektor selatan dan tenggara.
00:48Orang ramai perlu berwaspada terhadap risiko aliran lava, runtuhan dan awan panas di sektor selatan,
00:55tenggara, barat serta timur laut gunung berkenaan.
00:59Terima kasih telah menonton!
01:02Terima kasih telah menonton!
01:04Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended