Trik Lembutkan Kembali Kulit Popia

Kulit popia yang dah lama sangat simpan dalam peti sejuk boleh jadi kering dan keras. Ikut trik ini supaya kulit popia kembali lembut dan dapat digunakan lagi. Jadi taklah membazir dibuang begitu sahaja.

Selamat Mencuba!

#RASA #TipDapurRasa #Tipkulitpopiakering #PetuaDapur #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Kulit popiah bila dah lama sangat simpan dalam freezer tu, boleh sampai jadi kering dan keras lah.
00:06Bila nak asingkan satu persatu, memang senang koyak.
00:09Nak buang pula, sayang. Lagi-lagi kalau masih banyak.
00:12Jangan risau, cuba trik mudah ni.
00:14Boleh lembutkan balik kulit popiah tu.
00:17Mula-mula, panaskan periuk pengukus.
00:19Tak perlu letak air terlalu banyak.
00:21Nanti bila air dah mendidih, kulit popiah boleh jadi basah.
00:24Lepas tu, basahkan dua helaikan bersih.
00:26Perah kain supaya lembab.
00:27Lapik dulang pengukus dengan selai kain tadi, letakkan kulit popiah di bahagian tengah.
00:32Kemudian tutup dengan selai lagi kain lembab.
00:35Kukus selama dua hingga tiga minit je.
00:36Lepas tu, buka penutup dan cek sama ada kulit popiah dah lembut atau belum.
00:41Kalau masih keras, steam lagi sekejap.
00:43Dah lembut, terus angkat dan asingkan setiap kepingan secara perlahan-lahan ketika masih suam.
00:48Kulit popiah yang kering dan keras tadi bolehlah digunakan semula.
00:52Tak adalah membazirkan.
00:53Selamat mencuba.
00:55Ingat makan, ingat rasa.
00:58Terima kasih kerana mencuba.
00:59Terima kasih kerana mencuba.
01:00Terima kasih kerana mencuba.

Recommended