Skip to playerSkip to main content
Suka makan lauk bersambal? Anda kena cuba resipi Sambal Ikan Tumis ni. Guna bilis je tapi rasa dia memang sedap luar biasa. Makan pula dengan nasi putih panas, perghhh…memang bertambah dibuatnya! Tak perlu lauk banyak, tambah ulam atau sayur pun dah cukup lengkap. Simpan resipi ni, nanti boleh cuba untuk menu tengah hari. Selamat mencuba!

SAMBAL IKAN TUMIS

BAHAN-BAHAN:

1 mangkuk ikan bilis
1/2 keping gula melaka
1 sudu besar sos tiram
Sedikit asam jawa
1 biji bawang holland - hiris baji
5 biji cili padi hijau - hiris nipis


Bahan kisar:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar cili kering kisar

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #sambalikantumis #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Hai semua, hari ni Kak Ikan nak kongsi resepi daug pedas yang simple tapi boleh buat tambah nasi iaitu sambal
00:06ikan tumis sedap tau.
00:08Jom kita masak.
00:08Mula-mula, masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering kisar ke dalam blender.
00:14Nak guna cili buh pun boleh, tambah sedikit air kemudian kisar semuanya sampai halus.
00:19Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan bilis sampai betul-betul garing.
00:23Sebelum goreng, ikan bilis tu rendam sekejap dalam air supaya hilang rasa masin dia.
00:27Bila-bila sudah garing macam ni, angkat dan ketepikan.
00:30Guna minyak yang sama, tumis bahan kisar sampai wangi dan pecah minyak.
00:34Yang ni kena tumis ada elok supaya sambal tu tak rasa mentah.
00:38Masukkan gula melaka, sos tiram dan air asam jawa.
00:41Tak ada gula melaka? Boleh je guna gula kabung tai atau gula putih biasa.
00:45Bila sambal dah nampak cantik macam ni, masukkan ikan bilis goreng.
00:48Gauh sampai semua ikan bilis tu bersaduk rata dengan sambal.
00:51Akhir sekali, masukkan hirisan cili padi hijau dan juga bawang holland.
00:55Korang letak banyak-banyak, memang sedap.
00:57Gauh sekejap je supaya bawang masih ada rasa rangup dan cili padi kekal segar.
01:01Tip nak simpan sambal supaya tahan lama, korang tak perlu letak bawang dan cili.
01:05Cukup sekadar gauh sambal dengan bilis je.
01:07Dah siap sambal ikan tumis kita?
01:09Makan dengan nasi putih panas, telur dadah dan ulang pun dah cukup.
01:13Simple je tapi memang bukan selera.
01:15Selamat mencuba.
01:15Nak tengok tim Rasa Masak Show Live?
01:17Jom interaksi kami di TikTok macam rasa setiap selasa dan kamis.
01:20Ingat makan, ingat rasa.
01:21Jangan lupa tonton!
01:22Sampai jumpa!
Comments

Recommended