00:00Limpahan ekonomi boleh bermula jauh lebih awal sepanjang proses pelaksanaan dengan pelaburan yang diluluskan, mungkin mengambil masa antara 3 hingga
00:104 tahun untuk direalisasikan sepenuhnya.
00:14Naib Chancellor Universiti Kebangsaan Malaysia UKM Prof. Dr. Sufian Jusof berkata, sesuatu projek perlu melalui pelbagai peringkat sebelum mencapai tahap
00:24operasi penuh.
00:26Dan pada pelaksanaan tersebut sebenarnya sudah ada spillover effect kepada ekonomi.
00:31Contohnya untuk sesebuah pelaburan itu, melaksanakan pelaburan mereka perlu mengambil perunding, perlu mendapatkan tanah, perlu mendapatkan lokasi, perlu menjalankan research
00:46and development, menjalankan kajian feasibility.
00:50Jadi banyak aktiviti ekonomi yang berlansung semasa pelaksanaan pelaburan itu sendiri.
00:59Dan apabila pelaksanaan pelaburan itu berjalan, maka pada masa itulah akan lagi terdapat kesan-kesan yang telah saya terangkan tadi.
01:08Kejayaan Malaysia menarik pelaburan tidak lagi boleh diukur melalui jumlah modal semata-mata, tetapi sejauh mana ia mencipta pekerjaan bergaji
01:18tinggi, membawa teknologi dan memberi limpahan kepada ekonomi tempatan.
01:22Kata beliau, Malaysia kini memberi tumpuan kepada pelaburan berkualiti, khususnya sektor teknologi masa hadapan yang mampu meningkatkan nilai ekonomi dan
01:32membuka peluang kepada syarikat tempatan dalam rantaian bekalan.
Comments