00:00Kedutaan Besar Malaysia di Doha menasihatkan rakyat Malaysia di Qatar supaya sentiasa peka dengan perkembangan dan sebarang notis yang dikeluarkan
00:08pihak berkuasa Qatar, susulan perkembangan terkini di rantau itu.
00:12Kedutaan menerusi notis di Facebook turut mengingatkan supaya individu yang melakukan perjalanan dari atau melalui Qatar untuk menyemak jadwal penerbangan
00:21terkini bagi memastikan kelancaran perjalanan mereka.
00:24Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan lanjut boleh menghubungi kedutaan di talian 974-3374-6733 atau 974-4483-6463 serta menerusi
00:39email mwdoha.kln.gov.my
00:43Menerusi laporan media antarabangsa, AS melancarkan serangan terbaru ke atas Iran pada selasa.
00:49Ini disusuli serangan balas korp pengawal revolusi Islam Iran IRGC terhadap pangkalan dan aset Amerika di rantau itu sekaligus kembali
00:59meningkatkan ketegangan di rantau Asia Barat.
Comments