00:00Thailand perlu melaksanakan rombakan besar terhadap struktur ekonominya bagi mencapai sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi dalam tempoh 12 tahun.
00:10Setiausaha agung Majlis Pembangunan Ekonomi dan Social National NESDC dan Nucha Pichayanan berkata Thailand perlu memperkukuhkan sektor tradisional yang menjadi
00:21kekuatannya di samping memperluaskan pelaburan dalam industri berteknologi tinggi untuk keluar daripada perangkap negara berpendapatan sederhana.
00:31Memetik laporan The Nation, beliau berkata sektor seperti pertanian perlu ditransformasikan kepada pengeluaran makanan masa depan dan pemakanan perubatan manakala
00:41pelaburan asing dalam bidang teknologi baharu perlu dimanfaatkan untuk meningkatkan daya saing ekonomi.
00:47Menurutnya, pusat data juga perlu dilihat sebagai infrastruktur penting yang menjadi asas kepada perkembangan teknologi awan dan kecerdasan buatan AI
00:57sekaligus membuka peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana PKS mengakses teknologi analisis lebih maju.
01:04Thailand turut digesa memanfaatkan penganjuran mesyuarat tahun IMF Kumpulan Bank Dunia pada Oktober ini sebagai platform menarik modal global dan
01:13memperkukuh kedudukannya sebagai hak perniagaan yang selamat dan dipercayai.
01:18Dalam aspek tenaga, kerajaan disaran mempercepat peralihan kepada ekonomi rendah, karbon termasuk memperluas penggunaan kenderaan elektrik dan tenaga solar bagi
01:28mengurangkan keberantungan kepada bahan api fosil import.
01:32Sementara itu, NISDC mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi Thailand pada 2.2% bagi 2026 walaupun KDNK negara itu berkembang 1
01:43.9% pada suku kedua.
01:46Tekanan terhadap ekonomi dijangka berkurang pada separuh kedua tahun ini, susulan jangkaan pemulihan harga tenaga dan ketegangan geopolitik.
01:54Selain itu, NISDC bersama Kementerian Perindustrian dan Lembaga Pelaburan Thailand sedang memperkemas kaedah pengiraan Indeks Pengeluaran Perindustrian MPI bagi memastikan
02:05data lebih mencerminkan perkembangan sektor industri baharu.
Comments