Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
PBB memberi amaran wabak Ebola di DRC semakin memburuk, manakala keganasan di timur negara itu terus menghalang akses bantuan dan usaha membendung penularan virus.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB memberi amaran wabak Ebola di Republik Demokratik Kongo DRC
00:06semakin merebak dengan pantas selain menggesa tindak balas antarabangsa berskala besar
00:11bagi membendung penularan virus berkenaan.
00:14Usaha menangani wabak itu turut berdepan cabaran berikutan keganasan yang berterusan
00:18di bahagian timur negara berkenaan yang menyukarkan akses pasukan kemanusiaan ke kawasan terjejas.
00:26Jurucakap PBB Stefan Dujarik berkata penyelaras bantuan kecemasan PBB Tom Fletcher maklumkan
00:32kepada negara anggota pada selasa bahawa wabak itu tidak lagi boleh ditangani secara berperingkat.
00:37Fletcher menggesa operasi berterusan yang mampu bergerak lebih pantas daripada penularan virus itu.
00:43Menurutnya, petugas kemanusiaan mempunyai pengalaman dan peralatan yang diperlukan untuk membendung wabak
00:48namun memerlukan sokongan politik, akses kekawasan terjejas serta pembiayaan yang lebih besar.
00:54PBB berkata gegar nasa yang berterusan di timur Kongo telah menyebabkan perpindahan penduduk
00:58dan menyukarkan usaha menangani wabak.
01:00Walaupun berdepan cabaran, agensi kemanusiaan terus membantu kerajaan Kongo dalam usaha menangani wabak tersebut.
01:07Menurut PBB, pertubuhan terbangsa untuk migrasi IOM telah menjalankan hampir 23 juta seringan kesihatan di Kongo
01:13dan negara-negara jiranya bagi memantau pergerakan penduduk,
01:17mengenal pasti kemungkinan jangkitan serta mengurangkan risiko penularan berhentasi sempadan.
01:24Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended