Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
MOTAC akan bekerjasama dengan pusat beli-belah, peruncit dan hotel bagi memperkukuh pelancongan membeli-belah, yang terus menjadi antara komponen penting pengalaman pelancong di Malaysia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Motec akan menjalinkan kerjasama erat dengan pemain industri pelancongan bagi memastikan sektor pelancongan membeli belah
00:09terus berkembang dan menjadi tarikan utama kepada pelancong.
00:13Menterinya Datuk Seri Tiong King Singh berkata kerjasama itu membabitkan pusat beli belah, peruncit dan pengusaha hotel sebagai tarikan pelancongan
00:21bagi mewujudkan pengalaman yang lebih baik kepada pengunjung.
00:27Katanya tarikan lain kehadiran maskot rasmi tahun melawat Malaysia 2026 VM2026 Wira dan Manja yang menyambut pengunjung di seluruh destinasi
00:36membeli belah.
00:37Ujarnya ini menjadi peluang rakyat Malaysia untuk menunjukkan kemesraan dan layanan mesra kepada pelancong supaya mereka berasa dialu-alukan serta
00:46tertarik meneroka lebih banyak destinasi di negara ini.
00:49King Singh berkata aktiviti membeli belah adalah salah satu perkara penting dalam industri pelancongan di Malaysia.
00:56Jelasnya lagi ia sudah berkembang menjadi destinasi yang menghimpunkan aspek peruncitan, gaya hidup, budaya, makanan dan hiburan.
01:04Perkembangan ini menjadikan aktiviti membeli belah sebagai pengalaman penting pelancong di Malaysia.
Comments

Recommended