Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Benjamin Netanyahu menafikan dakwaan beliau atau isterinya menyalahkan pengkhianatan sebagai punca serangan Hamas 7 Oktober 2023, sebaliknya menegaskan ia berpunca daripada kegagalan sistemik dalam penilaian keselamatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menafikan dakwaan bahawa beliau atau istrinya Sarah pernah mengatakan pengkhianatan menjadi punca kelemahan keselamatan yang
00:08membawa kepada serangan Hamas pada 7 Oktober 2023.
00:11Netanyahu menyifatkan dakwaan itu sebagai karut dan menegaskan serangan tersebut berpunca daripada kegagalan sistemik yang besar bukannya tindakan pengkhianatan dari
00:21dalam.
00:23Menurutnya semua petanda awam mengenai kemungkinan serangan telah wujud pada malam dan pagi sebelum serangan berlaku.
00:29Namun beliau berkata satu kesilapan dalam membuat penilaian menyebabkan pihak berkuasa memilih untuk tidak mencetuskan tidak balas terhadap Hamas, tidak
00:36mengejutkan beliau daripada tidur dan tidak melancarkan serangan awal.
00:39Netanyahu telah mempertahankan istrinya daripada dakwaan bahawa Sarah menuduh pegawai keselamatan melakukan pengkhianatan.
00:45Serangan pada Oktober 2023 mengorbankan kira-kira 1,200 orang menurut angka Israel.
00:51Sementara itu pihak berkuasa kesihatan Gaza melaporkan serangan Israel sejak konflik tercetus telah mengorbankan lebih 71,000 rakyat Palestine.
Comments

Recommended