Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kerajaan Negeri telah mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri dan PKOB peringkat daerah di Kota Kinabalu, Keningau dan Papar berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menghampiri bacaan 200.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan Negeri telah mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana PKOB Negeri dan PKOB Peringkat Daerah di Kota Kinabalu, Keningau dan Papar
00:09berikutan bacaan indeks pencemaran udara IPU menghampiri bacaan 200.
00:14Setusa Kerajaan Negeri, Datuk Zainuddin Aman yang juga pengurusi jawatan kuasa pengurusan bencana negeri JBPN berkata,
00:20Susulan keputusan itu ke semua kawasan di Kota Kinabalu, Tawau, Keningau, Ki Manis dan Politeknik Kota Kinabalu adalah dikategorikan dalam
00:29tahap amaran 1A.
00:32Jelasnya dalam kenyataan pada Rabu bagi tahap amaran 1A, antara tindakan yang ditetapkan ialah menghentikan aktiviti di luar bilik darjah,
00:41menanggungkan aktiviti kokorikulum dan sukan, memberikan hebahan kepada orang awam berkenaan bacaan IPU serta langkah berjaga-jaga,
00:49meningkatkan penguatkuasaan dan mempergiatkan pemantauan terhadap industri serta tapak pelupusan sampah.
00:56Zainuddin berkata pengisytiharan darurat atau bencana jerebu akan dilaksanakan apabila bacaan IPU mencecah 500 dan ke atas.
01:03Beliau mencalangkan agar aktiviti rasmi kerajaan negeri dibatalkan atau ditangguhkan sekiranya bacaan IPU mencapai atau melebihi 200,
01:12manakala aktiviti di dalam bangunan masih dibenarkan.
01:15Ujannya lagi, kerajaan negeri juga akan mengecurkan agar sekolah-sekolah di kawasan yang mencapai bacaan atau melebihi 200 ditutup dan
01:23menjalani pembelajaran dari rumah.
Comments

Recommended