Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Menurut MBSB Research, ia disokong permintaan domestik yang berterusan serta prestasi kukuh sektor Elektrik dan Elektronik (E&E).
Transcript
00:00Baik, bertemu semula untuk niaga awal ni, momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal mampan dalam tempoh terdekat.
00:07Menurut MBSB Research, ia disokong permintaan domestik berterusan serta prestasi kukuh sektor elektrik dan elektronik.
00:18Menuruti kenyataannya, MBSB memaklumkan jangkaan itu sejajar dengan indeks pelopor LI yang meningkat 1.3% tahun ke tahun pada
00:27Jun berbanding 1.1% pada Mei.
00:31Tambahnya peningkatan LI antaranya didorong peningkatan import sebenar logam berharga asas dan bukan ferus.
00:39Prestasi itu turut selari dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar KDNK sebanyak 6.0% pada suku kedua 2026, meningkat
00:48daripada 5.4% pada suku pertama.
00:51Jelasnya lagi daripada keseluruhan pertumbuhan pada suku berkenaan, kira-kira 61% atau 3.7% disumbangkan permintaan domestik kekal
01:02kukuh, manakala sumbangan ekspor bersih meningkat kepada 2.4%
01:08Sementara itu, sektor perkhidmatan berkembang 5.9% manakala sektor pembuatan meningkat 7.3% disokong prestasi perdagangan luar yang
01:19tegur.
01:19Pada Julai pula, jumlah perdagangan Malaysia berkembang 37.3% tahun ke tahun dengan ekspor meningkat 38% di pacu
01:29terutamanya produk E&E.
01:31Susulan prestasi kukuh pada separuh pertama tahun ini, unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi 2026 dinaikkan kepada 5.1% daripada
01:41unjuran sebelumnya 4.5%.
01:44Permintaan global terhadap produk teknologi dan E&E serta perbelanjaan domestik dijangka terus menjadi antara penyokong utama pertumbuhan ekonomi negara.
01:53Terima kasih telah menonton!
01:55Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended